Kerjaya kelab Kobe Jae Chong

Awal kerjaya

Bakat Chong sekali lagi disedari oleh kelab luar negara, kali ini oleh pasukan Cagliari dari Itali. Beliau telah dijemput untuk menyertai sebuah kejohanan dan dilatih oleh bekas pemain Inter Milan, David Suazo. Chong bermain bersama Cagliari selama tiga tahun, mewakili pasukan u16 dan u17.[6] Beliau membuat debut beliau bersama Cagliari dalam perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 5-1 menentang Akademi Lazio, di mana beliau bermain selama 32 minit.[7] Beliau mendapati kehidupan di Itali sukar dan kembali ke England pada usia 18 tahun, tanpa kelibat ejen.[6]

Kobe Chong menyertai kursus bola sepak sepenuh masa Solihull selama setahun, sebelum memutuskan untuk menghadiri Non-league Gems Showcase Event. Hasilnya, beliau ditawarkan untuk menyertai sesi pemilihan bersama Middlesbrough, Huddersfield dan Brentford. Brentford menawarkan kontrak kepada Chong, namun perjanjian itu ditarik balik pada saat-saat akhir. Chong menyertai pasukan non-league Banbury pada Oktober 2019 dan membuat 5 penampilan bersama kelab itu, sebelum berpindah ke Redditch United.[8][9]

Banbury United

Chong menandatangani kontrak bersama pasukan Southern League Premier Division, Banbury United di bawah kendalian Mike Ford pada bulan Oktober 2019. Beliau berjaya membuat 5 penampilan bersama kelab.[10]

Redditch United

Chong menandatangani kontrak dengan pasukan Southern League Premier Division, Redditch United pada bulan November 2019.[petikan diperlukan]

Sutton Coldfield Town

Chong menandatangani kontrak untuk pasukan pasukan Northern League Premier Division, Sutton Coldfield Town pada bulan Oktober 2020. [11]

Peterborough United

Chong menandatangani kontrak profesional pertamanya untuk pasukan EFL Championship, Peterborough United pada Ogos 2021 selepas dia bermain dalam sesi pemilihan mereka di mana beliau menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-2 ke atas Spalding United.[12][13] [14]

Rujukan

WikiPedia: Kobe Jae Chong https://www.besoccer.com/player/matches/kobe-jae-c... https://calcioengland.com/2020/05/09/an-italian-ed... https://englishplayersabroad.com/tag/kobe-jae-chon... https://www.htafc.com/matches/fixtures/u23-team/20... https://www.sctfc.com/news/a-royal-goes-pro-264156... https://www.theposh.com/news/2021/august/posh-make... https://twitter.com/harimau_abroad/status/11480508... https://www.vocketfc.com/kobe-chong-intai-peluang-... https://englishplayersabroad.wordpress.com/2018/06... https://www.youtube.com/watch?v=3NOeRaqDD0g